BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

View previous topic View next topic Go down

BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

Post by along adi on Sat Jun 25, 2011 2:27 pm

PENDAFTARAN BENDERA, LAMBANG, LENCANA ATAU LAIN-LAIN INSIGNIA PERTUBUHAN
Oleh : n1md4 Tarikh : 27/09/2010

Dibawah Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966, sebuah pertubuhan yang berdaftar tidak boleh memakai bendera, lencana atau lain-lain insignia melainkan ia telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Mana-mana pertubuhan yang menunjukkan apa-apa bendera, lencana atau lain-lain insignia yang tiada kelulusan Pendaftar Pertubuhan atau melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar adalah suatu kesalahan dan, apabila disabit, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit.

Bagi maksud peruntukan Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966, pertubuhan adalah dilarang menggunakan semua atau sebahagian daripada lambang, logo atau tanda-tanda berikut sebagai lambang, bendera atau simbol pertubuhan:

a) Bendera Kebangsaan atau lambang kebesaran Malaysia.

b) Semua lambang rasmi dan peribadi dan lambang kebesaran D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri bagi Malaysia.

c) Semua bendera negeri, lambang dan lambang kebesaran negeri-negeri Malaysia.

d) Semua lencana, bendera, lencana bahu, lambang dan lambang kebesaran Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia.

e) Semua bendera kebangsaan, lambang dan lambang kebesaran negara-negara asing.

f) Semua lencana, bendera, lencana bahu, lambang dan lambang kebesaran Angkatan Tentera dan Pasukan Polis Negara-negara asing.

g) Semua bendera, simbol, lambang, lambang kebesaran atau lencana parti-parti politik berdaftar dengan sah sama ada tempatan atau asing.

h) Satu bintang merah bucu lima.

i) Lambang sabit dan tukul yang digunakan oleh komunis.

j) Mana-mana bendera, simbol, lambang, dan lambang kebesaran atau lencana yang serupa dengan rekabentuk, warna atau perkataan mana-mana satu yang disebutkan diatas.

k) Mana-mana bendera, simbol, lambang, dan lambang kebesaran atau lencana yang bersangkut-paut atau mempunyai kepentingan dengan kongsi gelap atau pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

l) Mana-mana bendera, simbol, lambang, atau lambang kebesaran di bawah undang-undang yang berkuatkuasa dalam negeri-negeri Malaysia sebelum pelaksanaan Akta ini.

m) Bunga kebangsaan iaitu bunga raya.

n) Lambang Jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

o) Mana-mana lambang dengan nama ASEAN atau berkaitan dengan ASEAN.

p) Perkataan-perkataan “ALLAH”, “ILLAHI”,”MUHAMMAD”, “SHAHADAH” dan perkataan atau kalimah islam yang lain.

q) Lambang atau meteri rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

r) Bentuk harimau yang menyerupai binatang lambang kerajaan Malaysia.



Oleh yang demikian, pertubuhan yang berdaftar dinasihatkan agar mendaftarkan bendera, lambang, lencana atau lain-lain insignia dengan mengemukakan pindaan undang-undang kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri masing-masing.sumber pendaftar pertubuhan
avatar
along adi
AJK/BIRO ACARA
AJK/BIRO ACARA

Posts : 9
Tarikh Daftar Ahli : 19/06/2011
Umur : 42
Lokasi : pantai dalam kl

Back to top Go down

Re: BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

Post by tomkacak on Mon Jun 27, 2011 11:03 am

Suatu info yg amat berguna untuk panduan kita bersama sebagai sebuah kelab yg telah pun mendapat pengiiktirafan/pendaftaran rasmi dari pihak ROS secara rasminya pada 09.09.09...

tomkacak
KSM FORUMERS
KSM FORUMERS

Posts : 31
Tarikh Daftar Ahli : 17/06/2011
Lokasi : Presint 15, Putrajaya

Back to top Go down

Re: BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

Post by zoolkimi on Mon Jun 27, 2011 12:13 pm

org lama dah bg date yg betoi tu...rasa bangga bila pakai baju ade bendera negara... lol! lol! lol!

zoolkimi
KSM FORUMERS
KSM FORUMERS

Posts : 13
Tarikh Daftar Ahli : 20/06/2011
Lokasi : united state of rawang

Back to top Go down

Re: BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

Post by tomkacak on Tue Jun 28, 2011 4:10 am

Aku bangga menjadi warganegara Malaysia...

tomkacak
KSM FORUMERS
KSM FORUMERS

Posts : 31
Tarikh Daftar Ahli : 17/06/2011
Lokasi : Presint 15, Putrajaya

Back to top Go down

Re: BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

Post by along adi on Sun Jul 03, 2011 6:52 am

info yg berguna untuk mana2 pertubuhan supaya kita tidak leka atau lalai takut kita terlepas pandang...cantik bendera negaraku tercinta....
avatar
along adi
AJK/BIRO ACARA
AJK/BIRO ACARA

Posts : 9
Tarikh Daftar Ahli : 19/06/2011
Umur : 42
Lokasi : pantai dalam kl

Back to top Go down

Re: BENDERA MALAYSIA DI LENGAN BAJU MSC

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum