HALA TUJU PRESIDEN

View previous topic View next topic Go down

HALA TUJU PRESIDEN

Post by Lan King on Mon Jun 20, 2011 9:41 pm

Dalam menerajui KSM ini, selaku Presiden yang diamanahkan maka saya akan menyatakan bagaimana pendekatan, visi dan tindakan saya menguruskan kelab ini:

HALA TUJUAN - menjulang KSM ke persada kelab permotoran terbilang.

BAGAIMANA - Tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh segelintir ahli yang terdahulu yang menjadikan kelab sebagai harta milik sendiri, tidak menghormati ahli-ahli dan mewujudkan sikap keegoan diri dalam kepimpinan. Saya tidak akan benarkan ini berlaku.

KAEDAH - Bersikap terbuka, mendengar pendapat semua ahli tidak kira yang baru atau lama, ajk atau bukan ajk, rakan rapat atau ahli biasa. Saya juga tidak akan terus menerima apa-apa andaian negatif sesama ahli atau laporan yang meragukan.., melainkan akan menyiasat terlebih dahulu untuk mendengar dari dua belah pihak.

VISI JANGKA PENDEK - Bina persahabatan dan kekeluargaan yang mantap di kalangan ahli, menerapkan misi dan visi Presiden kepada AJK-AJK dan mengaktifkan program serta menambahkan dana kelab secepat mungkin.

VISI JANGKA PANJANG - Supaya semua ahli berpotensi menjadi AJK Perlaksana yang akan menguatkan pentadbiran kelab dan boleh menguruskan kelab dari segi kebajikan ahli, acara, program bersama kelab/agensi lain serta menambahkan ahli-ahli yang berkualiti. Semoga mereka juga boleh mengambil alih pentadbiran kepimpinan kelab ini dengan jayanya pada bila-bila masapun.

MISI - Paling kurang 1 acara rasmi dalam masa 2 bulan (setakat ini 2, 3 acara dalam masa 2 bulan ).

SASARAN PENCAPAIAN - Memartabat permotoran skuter atas nama KSM khasnya dan gemilang secara bersama dengan kelab-kelab skuter lain amnya.

PENDIRIAN DENGAN AHLI - Semua ahli skuter adalah satu keluarga tanpa mengira ketinggian darjat, harta, pangkat, ideologi politik dan kerjaya. Ahli-ahli juga diwajibkan menghormati ahli/kelab skuter lain!

SIKAP - Berlembut, hikmah dan berdiplomasi dalam hal pentadbiran dan bersikap keras bagi yang tiada adab tamaddun sesama ahli kelab.

HARAPAN - Kegemilangan KSM akan memberi faedah maksima kepada ahli-ahli dan juga menaikkan imej mereka sendiri di mata masyarakat.

KOMENTAR - Presiden bersama sederap AJK-AJK dan ahli semua - yang akan memajukan kelab ini. Muzakarah, muafakat dan kerjasama sebagai tunjang dalam perlaksanaan sebarang agenda kelab. Semua ahli dianggap berkebolehan memberi sumbangan.Tiada eksklusif dalam interaktif.

KESIMPULAN - Kesatuan hati yang ikhlas seluruhnya membawa berkat dan mendapat kejayaan dalam apa jua aktiviti kelab.

Sekian, Terima kasih.

Lan King.

avatar
Lan King
MR PRESIDENTO
MR PRESIDENTO

Posts : 65
Tarikh Daftar Ahli : 13/06/2011
Umur : 52
Lokasi : Utara Selangor

Back to top Go down

Re: HALA TUJU PRESIDEN

Post by TK on Tue Jun 21, 2011 4:05 am

Syabas Tuan Presiden, ucapan yang amat bersemangat dan keyakinan yang tinggi. Insyallah kami BERSATU TENAGA MENJULANG KSM. cheers

__ADMIN_______________
SYMTKGREYWVD4686VTS200
avatar
TK
MODERATOR
MODERATOR

Posts : 97
Tarikh Daftar Ahli : 16/06/2011
Umur : 53
Lokasi : Pantai Dalam, K.L

Back to top Go down

Re: HALA TUJU PRESIDEN

Post by ismail on Thu Jun 23, 2011 7:04 am

bersatu kita teguh
bercerai kita roboh
pemuda harapan bangsa
pemudi harapan pemuda..hehe

ismail
SECTRETARIO
SECTRETARIO

Posts : 15
Tarikh Daftar Ahli : 17/06/2011
Lokasi : upm serdang

Back to top Go down

Re: HALA TUJU PRESIDEN

Post by Lan King on Wed Aug 17, 2011 12:49 pm

" Tugas SEBENAR kepimpinan ialah untuk membina, mencanai dan melahirkan ramai PEMIMPIN...bukannya melahirkan ramai pengikut...''

=> Jika cuba melahirkan ramai pengikut, maka punah rosak organisasi kerana tidak bertahan lama disebabkan semata-mata untuk menjaga KEPENTINGAN DIRI ketua, kroni dan puak yang berkuasa...

=> Jika CUBA melahirkan ramai pemimpin, maka andainya nanti ketua tidak lagi menerajui organisasi.., namun pertubuhan itu akan tetap kekal utuh kerana ramainya ahli yang berkebolehan menjulang wawasan kelab/pertubuhan...

Renung-renungkan lah dengan sebaiknya...

=> Juga...., SAYA harap SEMUA AJK-AJK dapat membantu saya merealisasikan matlamat ini...terima kasih. Di masa yang sama semua diharap MEMBANTU SAYA memantau ahli-ahli yang mungkin CUBA merosakkan kelab, tetapi nasihat lah mereka dengan penuh hikmah dan pendekatan yang baik.

Sesiapa jua pun boleh untuk mengepalai KSM pada bila-bila keadaan di masa mendatang kelak..., kerana kelak klelab KSM pasti utuh dan mantap dek kerana adanya ahli-ahli yang berwibawa..
avatar
Lan King
MR PRESIDENTO
MR PRESIDENTO

Posts : 65
Tarikh Daftar Ahli : 13/06/2011
Umur : 52
Lokasi : Utara Selangor

Back to top Go down

Re: HALA TUJU PRESIDEN

Post by Lan King on Wed Sep 14, 2011 8:33 pm

semoga ahli-ahli yang membaca ini dapat 'serap' visi ini demi kelab KSM kita...terima kasih.
avatar
Lan King
MR PRESIDENTO
MR PRESIDENTO

Posts : 65
Tarikh Daftar Ahli : 13/06/2011
Umur : 52
Lokasi : Utara Selangor

Back to top Go down

Re: HALA TUJU PRESIDEN

Post by TK on Thu Sep 15, 2011 4:12 am

Insyallah..mudah-mudahan.. Very Happy

__ADMIN_______________
SYMTKGREYWVD4686VTS200
avatar
TK
MODERATOR
MODERATOR

Posts : 97
Tarikh Daftar Ahli : 16/06/2011
Umur : 53
Lokasi : Pantai Dalam, K.L

Back to top Go down

Re: HALA TUJU PRESIDEN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum